close
3135    Download   Share to Facebook

Telemovie Isteriku Cikguku


Telefilem Isteriku Cikguku Cerekarama TV3 - Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya. Disekolah pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah.

Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidak  mengindahkan pelajarannya. Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.