12034    Download   Share to Facebook

Bahagia Bukan Bidaan EP5


Bahagia Bukan Bidaan Episod 5 - Mengisahkan Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga dibina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun selepas mengetahui Azlan menjalin hubungan sulit dengan Aina yang bekerja sebagai eksekutif di syarikat sama, Hana nekad mahu bercerai.

Hana tidak tahan dengan sikap Azlan yang tak pernah berubah. Azlan menceraikan Hana dengan talak satu kemudian mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.

Nik Zachary muncul dalam hidup Hana namun salam perkenalan itu tidak dilayan. Ini kerana Hana mahu hidup tanpa insan bernama suami. Kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana bersedia untuk terseksa buat kali kedua?

close