close
9756    Download   Share to Facebook

Halalkan Hati Yang Kucuri EP24


Halalkan Hati Yang Ku Curi Episod 24 - Kisah pasangan muda suami isteri, Faiq dan Delisha yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Kini mereka faham, keluarga mereka bankrup kerana sikap boros mereka.

Mereka terpaksa hidup bergelandangan dan dianggap pengemis. Mereka belajar erti susah, dan berdikari. Tanpa disangka, Delisha hamil. Keharmornian rumah tangga mereka diganggu oleh Zainal, bekas kekasih Delisha yang muncul semula.

Biarpun hubungan diuji, namun Faiq dan Delisha tabah melaluinya. Faiq bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat baru dan ditawarkan jawatan Pengurus Pemasaran setelah Faiq berusaha dan memberi pelbagai idea yang bernas kepada syarikat yang kian merudum itu. Delisha pula, dipelawa menjadi pereka fesyen di syarikat tersebut. Akhirnya syarikat tersebut kian maju.