5742    Download   Share to Facebook

Telemovie Raya Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya


Perkahwinan Hani dan Mizan akhirnya dikurniakan dengan seorang cahayamata yang melengkapkan perkahwinan mereka. Inilah cucu pertama keluarga di sebelah Mizan dan juga cucu pertama di sebelah Hani. Demi memenuhi permintaan O. Yusof, ayah kandung Hani, anak ini dinamakan O. Ghazali bin Shaiful Mizan. Mizan pun tidak kisah sangat.

Bagaimanapun, selepas habis berpantang di kampung, Sebuah episod hitam telah terjadi. Ketika dalam perjalanan balik ke KL, keluarga kecil ini telah ditimpa kemalangan. Hani yang mahu memastikan anaknya selamat, mengalami kecederaan paling teruk.Tetapi malangnya bayi itu meninggal dunia terus. MIZAN dan O. GHAZALI selamat dan cedera ringan, tetapi HANI cedera parah. Dia koma dan lepas 3 minggu, barulah dia sedar dan dia Cuma kenal mak, ayah dan Nizam.

Mizan serta orang lain langsung tidak dikenalinya. Hani masih anggap Nizam adalah kekasih lamanya dan mereka berjanji untuk sehidup semati bila Nizam kembali dari UK nanti.

close