close
767    Download   Share to Facebook

Inai Yang Hilang EP2


Inai Yang Hilang Episod 2 - Sara yang sepatutnya mengahwini Razif tidak hadir pada majlis nikah mereka. Kakaknya, Ika menyedari Sara telah menghilangkan diri dan dipercayai telah dilarikan oleh Wan Jamil yang turut menghilangkan diri.

Keadaan menjadi semakin tegang antara dua keluarga. Keluarga Razif menyalahkan Wan Jamil yang sengaja melarikan Sara. Pelbagai spekulasi mula keluar di media sosial. Isteri Wan Jamil, Noraini juga tertekan apabila dia mula menerima pelbagai ugutan.

Razif semakin tertekan dengan kehilangan Sara, dan cuba dipujuk oleh Mimi. Razif meminta bantuan orang ramai di laman instagramnya dan menjanjikan hadiah duit.