921    Download   Share to Facebook

Telemovie Di Sisi


Kisah Udin (15 tahun), menjaga ayahnya yang lumpuh separuh badan. Walaupun sering dimarahi, Udin tidak melawan dan akur dengan setiap yang terbit daripada mulut ayahnya. Malah dia terus sabar mengurus dan menjaga Pak Jali yang lumpuh separuh badan. Di rumah dilihat Udin seorang budak yang kurang berbicara, manakala diluar pula Udin dilihat sebagai seorang budak yang banyak mulut. Kerajinan Udin amat disenangi oleh penduduk disitu

Di laluan lorong-lorong rumah ke warung, Udin sering bersembang dengan Mak Mah. Mak Mah walaupun kasar bahasanya, tapi sering menasihati Udin tentang Pak Jali. Sehinggalah satu hari berlaku konflik dimana Udin didatangi oleh sekumpulan budak sebayanya yang tidak puas hati dengan tindakan Udin melaporkan kegiatan mereka kepada penghulu. Jali tahu Udin dipukul, namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Lebih parah lagi budak-budak tadi mengulangi perbuatan mereka terhadap Udin, seperti satu hiburan Udin dibuli.

close