1306    Download   Share to Facebook

Telemovie Ramadan 16 Puasa


Telemovie 16 Puasa - Mengisahkan tentang beberapa lelaki di sebuah kampung yang sudah berkahwin mengambil keputusan untuk ponteng puasa dan menyembunyikan perbuatan menyalahi hukum agama itu daripada pengetahuan isteri masing-masing.

Malah, lelaki-lelaki itu menetapkan jadual untuk membeli makanan dan memakannya di tempat yang tersorok. Namun, peribahasa Melayu ada mengatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Lelaki-lelaki itu akhirnya ditangkap pihak jabatan agama ketika sedang seronok menikmati makanan di tepi sungai. Malu bukan kepalang apabila kesemua lelaki itu diangkut menaiki van jenazah.

close